Minggu, 03 Maret 2013

Rahsia Sejarah dan Teori Banjir Besar di Zaman Nabi Nuh A.S




        Ok..Mari kita buka sedikit minda kita dengan soalan ini. Benarkah satu bangsa yang benar - benar maju pernah wujud suatu ketika dulu? Sebagai contoh, Piramid Gaza yang digembar gemburkan dibina oleh firaun - firaun Mesir, padahal yang nyata, mereka hanya membaik pulih piramid tersebut yang diwarisi turun temurun! Sebenarnya ramai pengkaji telah lama menyedari tentang perkara ini,tetapi ianya terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.3 Piramid yang begitu tepat kedudukannya dengan buruj orion ini adalah penunjuk arah kiblat yang terbesar dimuka bumi (Perlu diketahui buruj Orion adalah buruj yang menjadi  petunjuk arah kiblat di langit). Maha Suci ALLAH yang tidak menjadikan sesuatu dengan sia - sia. Sudah tentu bangsa misteri yang membina piramid yang gah ini mempunyai kemajuan teknologi yang begitu tinggi malah mungkin melebihi kita sendiri yang dianggap sudah maju ketika ini! Tidak percaya? Tunggu sebentar..
AHA..DARWIN PUN TAK MENGAKU! :-p
        Kita semua tentu pernah dengar teori gila yang dinamakan teori Darwin. Teori yang mengatakan manusia dari monyet ini begitu popular di abad ini, ataupun teori "sejagat" yang mengatakan kita adalah berasal dari satu genetik yang amat kuno seperti  zaman paeleotik, mesolitik atau neolitik! kemudian perlahan - lahan berevolusi menjadi satu bangsa manusia yang mampu menguasai dunia ini. Sila baca entri Rahsia Sebenar Sejarah Melayu untuk info lanjut..Yang mana satu kita lebih percayai? Ya! memang kita perlahan - lahan belajar cara hidup dimuka bumi ini semenjak Nabi Adam a.s diturunkan ke bumi, tapi ALLAH sendiri telah menyatakan didalam AL-Quran, manusia adalah makluknya yang paling mulia, sehinggakan azazil yang dianggap ketua segala malaikat itu pun disuruh sujud hormat kepada Nabi Adam a.s. Jadi dengan kemuliaan, serta kebijaksanaan manusia pertama ini (yang dianugerahkan ALLAH) walaupun beliau turun sehelai sepinggang sekalipun ke muka bumi ini, sudah tentu beliau mampu membina tamadun manusia yang begitu pantas "berevolusi di muka bumi", percayakah kita manusia sehebat nabi Adam a.s ini hanya melukis gambar di gua? hanya memakai cawat dari daun untuk menutup apa yang perlu SEPANJANG HIDUPNYA DI MUKA BUMI INI?? Dunia barat dengan sewenangnya mengatakan kita dari haiwan, hanya orang yang malas berfikir sahaja akan mempercayainya. Jadi,SkY yakin para pembaca adalah berlainan kan? jika tidak, anda sudah berhenti membaca entri yang panjang berjela ini dari awal lagi =_=.


       Jadi, dengan penjelasan diatas, ia dapat memudahkan kita untuk membayangkan keadaan sebaliknya yang berlaku pada zaman tersebut! Sekarang, dengan jujur, kita semua tutupkan mata, berhenti sebentar melakukan apa saja yang kita lakukan sekarang ini, hanya seminit, cuba bayangkan kehidupan masa lalu sebelum banjir besar berlaku di zaman nabi Nuh a.s. Kehidupan yang begitu canggih dengan kereta - kereta mewah serta kota  yang bercahaya serta pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara! Setiap rumah mempunyai komputer yang canggih dengan kemudahan internet seperti yang anda punyai sekarang ini! Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar berlaku? TIDAK SAMA SEKALI!. Nabi Nuh a.s sebagai insan yang terpilih, diberi ilmu pengetahuan yang tinggi sebagai seorang nabi, arkitek yang hebat malah sebagai seorang pakar sains zoologi yang menakjubkan!. Nabi Nuh a.s terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan - haiwan yang berpasangan serta spesis tumbuh - tumbuhan yang terpilih dalam jumlah yang amat terhad! (perkara ini juga sudah dinyatakan dengan jelas didalam Alquran). Ini penting kerana apa yang dipilih oleh nabi Nuh itulah yang wujud (terus berevolusi) hingga zaman sekarang ini. 


        Pernahkan kita terfikir Nabi Nuh a.s dengan pengikutnya yang tidak sampai pun 100 orang (ingat fakta ini, pengikut baginda cuma orang yang miskin, lemah dan melarat sahaja) mampu membina sebuah kapal yang begitu besar? Tambahan pula dalam jangka masa yang begitu terhad (ada pendapat mengatakan hanya beberapa minggu sahaja). Ini begitu memeningkan para pengkaji barat sehingga mereka menuduh Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing! padahal didalam filem 2012, dengan bangganya mereka menayangkan kemampuan dan imaginasi mereka untuk membina beberapa buah kapal yang begitu canggih! (atau mereka sebenarnya cuba untuk menyampaikan kepada kita hint yang sebenarnya?? Wallahualam). Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh a.s jika kita membayangkan kemajuan manusia pada waktu itu adalah begitu maju, sekurang -kurangnya setaraf kita sekarang. 


        Masih tidak percaya? atau ini cuma info lawak? :-D. Meh sama - sama kita melihat dari segi logik atau tidak, kita ambil jangka masa paling mudah yang diguna pakai manusia zaman sekarang iaitu kalendar masihi. (kalendar ini bermula sejak tahun kelahiran nabi Isa a.s bermula 1 Masihi hingga 2011 Masihi!). Bezakan kemajuan manusia zaman sekarang dengan manusia yang hidup dizaman nabi Isa 2011 tahun yang dulu? Kita masih memakai cawat pergi ke sekolah ke? Tidak bukan?. Adakah kita masih menunggang kuda untuk pergi kerja ke? Sudah tentu tidak!. Sekarang bandingkan pula jangka masa turunnya manusia pertama ke muka bumi hingga ke peristiwa banjir besar di zaman nabi Nuh a.s. Katakanlah 2000 tahun, (Ini adalah anggaran yang paling minimum kerana jangka masa tersebut boleh mencecah beribu - ribu tahun! Usia Nabi Nuh sendiri mencecah ratusan tahun). Maka logik atau tidak jika kemajuan manusia pada zaman nabi Nuh sudah maju dan canggih! Jika kita berfikir begini, kita tidak akan terkejut dengan penemuan aneh seperti penemuan kesan peperangan nuklear di Mohenjo -Daro dan Hareppa. Kisah keajaiban kerajaan Atlantis, Rama atau Lemuria yang mempunyai pesawat terbang seperti UFO! Mungkin ada yang akan berasa lucu kan? Tidak mengapa kerana kita sekian lama telah didedahkan dengan teori karut manusia kuno itu. Sebenarnya tidak lucu jika berdasarkan bukti - bukti yang dijumpai di serata dunia seperti lukisan misteri di kuil Firaun (gambar kabel bawah tanah serta filamen elektrik!). Penemuan bateri purba dan cakera padat Dropa di China dan yang paling mengejutkan penemuan loji nuklear yang berusia 2 juta tahun di Afrika! 


     Tetapi adakah kemajuan yang begitu canggih ini dapat menyelamatkan mereka apabila ditimpa bala bencana? Semua itu musnah sama sekali, tenggelam bersama orang - orang musyrik yang mengingkari perintah ALLAH sehingga sanggup mempermainkan dakwah utusanNYA. Manusia ketika itu terlalu alpa dan asyik dengan kemajuan material dan kecanggihan teknologi. Tidak hairan jika pesta yang bercampur lelaki dan wanita begitu berleluasa (pesta seks, mandi buih dan sebagainya), konsert - konsert muzik yang begitu gah dan mengkhayalkan sehinggakan dakwah Nabi Nuh yang cuba disampaikan sering diketepikan walaupun sering terpapar di media - media antarabangsa. Sama sahaja seperti apa yang berlaku hari ini! Betul atau tidak? =_=. Adakah banjir besar ini melibatkan seluruh dunia atau hanya sesetengah kawasan sahaja? Persoalan ini sering ditanyakan, Jika mahukan penjelasan lanjut boleh klik di SINI. SkY sependapat dengan penulis ini kerana memang terdapat bukti banjir besar itu berlaku di tanah mesopotamia (Wallahualam). 

        Setelah banjir besar, para pengikut nabi Nuh ini bertebaran di muka bumi sehelai sepinggang, setelah kehidupan mereka di zaman moden hancur lebur musnah ditelan air yang menggila. Mereka kembali melakukan kerja - kerja bercucuk tanam, memburu binatang dan lain - lain seperti zaman paleotik. Adakah mustahil untuk mereka ini menceritakan sejarah manusia ini kepada anak cucu mereka? Sudah tentunya anak cucu mereka yang tidak pernah merasai apa itu kereta, apa itu lampu, apa itu kapal terbang akan tercengang  seperti ini?

      Sudah tentu cerita-ceriti  ini di luar batasan akal mereka sedangkan pada waktu itu mereka kembali menganyam daun - daun untuk membuat pakaian! Maka timbullah segala macam mitos tentang cerita ini, dan ada yang keterlaluan, berangan - angan tentang kehidupan dulu adalah bagaikan kehidupan para dewa!. Tidak ada yang mustahil jika cerita-ceriti inilah yang ditulis didalam kitab - kitab hindu seperti kitab Hindu Mahabrata, Veda dan Ramayana. Malah ada pengkaji yang merumuskan Dewa-dewi yang diambil orang Hindu adalah berasal dari anak - anak raja Lemuria, Atlantis atau Rama yang terkubur di dasar lautan. Kebanyakan dewa - dewi termasyur adalah segak-segak belaka seperti raja-raja purba! Oklah, apa difikiran kita semua jika, kita sendiri berada di situasi mereka, tatkala kita sedang menganyam rumbia di GUA NIAH, tiba-tiba turun seorang lelaki kacak seperti Brad Pitt dari sebuah helikopter sambil memegang telefon bimbit! Sudah tentu lelaki tampan itu akan dianggap sebagai orang yang terhormat! atau dalam kata lainnya DEWA. Sama sahaja seperti kita, cucu cicit Nabi Nuh a.s sudah tentu akan menceritakan hal ini kepada generasi seterusnya, kisah keajaiban nenek moyang mereka menaiki pesawat, melayari internet untuk update blog (ada ke waktu tu? walhhualam), memandu kereta mewah seperti Mercedes dan Ferrari! Fikirkan sejenak..tidak rugi kita meletihkan sedikit otak kita yang hampir 70 peratus tidak digunakan ni, untuk mengenal dan merungkai sejarah manusia yang semakin dipesongkan dan di"kelamkan" oleh tangan -tangan durjana organisasi tertentu dunia barat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar